Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat,Injil dan kisah-kisah Islam.
Pada zamannya,
Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu
membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku
menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel.Menurut Kitab Bible kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad, dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.
§Sejarah awal
Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., [perlu rujukan] manakala
ibunya ialah Semiramis. Ibunya pada usia remaja telah berkahwin dengan
bapanya. Adalah dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin
dengan Semiramis, bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila
Namrud lahir beliau tidak berbapa.
Ibunya adalah
seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana. Setelah beliau
dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh
oleh manusia dan Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan
keyakinan Namrud bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi
dewasa, beliau menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan
kawan wanitanya. Oleh itu, Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu
anaknya sendiri.
§Pencapaian di bawah pemerintahan Raja Namrud
Raja Namrud telah dianugerahi dengan daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak.
Baliau telah menemui sistem sexagesimal yang membahagikan bulatan kepada 360 darjah, satu darjah kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Selain itu beliau menetapkan bahawa satu hari terbahagi kepada 24 jam setiap
jam kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Menurut beliau hari
bermula pada waktu tengah malam dan bukannya pada waktu matahari terbenam seperti yang dipercayai oleh kaum sebelumnya.
Disamping itu, Namrud mahir dalam pengiraan matematik dalam pembinaan bangunan-bangunan besar, jambatan, kuil, mahligai dan empangan. Antara sumbangan beliau ialah pembinaan sistem saliran irrigation di lembah Tigris dan Euphrates. Beliaulah orang pertama yang menggunakan batu-bata dari tanah liat yang terbakar burnt clay sebagai bahan binaan bangunan. Malah beliau terkenal sebagai arkitek Menara Babil iaitu pencakar langit yang pertama di dunia.
Malangnya sebagai seorang ateis,
beliau telah menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk menyesatkan
rakyatnya. Antara lain beliau telah menggunakan ilmu falak untuk
mencipta pelbagai sistem meramal nasib seperti horoskop dan tilik nasib palmistry.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa manusia tidak perlukan Tuhan
kerana manusia mampu meramal dan mengubah nasibnya dengan sendiri.
Selain itu, beliau membina banyak bangunan serta berhala yang tersergam
indah agar manusia kagum dengan kehebatan ciptaannya sendiri. Menara
Babil yang bermaksud "Pintu Gerbang yang Sempurna" merupakan kuil dimana
pendita-pendita menyanjungi Namrud. Tujuannya dibina ialah untuk
menaikkan sebuah bangunan yang mampu mencecah kayangan. Menurut buku
"Sejarah Para Rasul dan Raja" pada abad ke-9 oleh ahli sejarah Islam terkenal al-Tabari, menara tersebut telah dimusnahkan oleh Allah. Pada mulanya para pembinanya menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Suryani,
tetapi ia terpecah kepada 72 bahasa yang berlainan. Akibatnya mereka
tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak dapat
meneruskan pembinaan menara tersebut.
Beliau juga amat meminati ilmu sihir dan menggunakannya untuk mempengaruhi fikiran rakyatnya. Adalah dipercayai beliau mempelajari ilmu tersebut dari dua malaikat Harut dan Marut yang pernah disebut dalam al-Quran.
Selain itu,
beliau telah memulakan suatu era yang baru dimana manusia memandang
rendah pada tuhan. Rakyatnya tidak digalakkan untuk melakukan kebaikan
demi tuhan kerana baginya tuhan yang ghaib adalah lemah. Oleh itu
orangramai dibawah pemerintahannya boleh mengikut nafsu manusia seperti
berpesta, seks rambang, meminum arakdan segala kemungkaran yang lain. Oleh yang demikian, beliau diberi gelaran Bacchus atau Dewa Wain kerana
beliau 'mabuk' dengan keduniaan. Beliau juga mendakwa dirinya Tuhan
kerana sebagai seorang manusia beliau lebih tahu mengenai kelemahan
manusia lain berbanding Tuhan yang jauh terpisah dari makhluknya
sendiri.
§Pertembungan antara Raja Namrud yang zalim dengan Nabi Ibrahim a.s. dalam kitab-kitab
Kitab Injil
tidak pernah menyatakan tentang pertemuan antara Raja Namrud dengan Nabi
Ibrahim a.s. Malah terdapat jurang tujuh generasi antara mereka berdua,
Namrud sebagai cicit Nabi Nuh a.s, manakala Ibrahim sepuluh generasi
selepas Nabi Nuh. (Genesis 10,11).
Walaupun begitu
Kitab Taurat dan al-Quran menggambarkan pertembungan antara Raja Namrud
dengan Nabi Ibrahim a.s sebagai satu konfrontasi hebat antara kebaikan
dan kejahatan atau lebih spesifik lagi Monoteisme menentang Taghut dan Penyembahan Berhala. Namun demikian menurut sumber Yahudi, Raja Namrud sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia. Tetapi penganut Islam mempercayai bahawa beliau tetap dengan pendiriannya sebagai Tuhan sehinggalah keakhir hayatnya.
§Ketibaan Nabi Ibrahim a.s.
Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik, semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenithdimana
ia menerangi seluruh alam semesta. Selepas terbangun Raja Namrudpun
memanggil penasihatnya dan menceritakan mimpinya tersebut. Penasihat itu
memberitahu beliau bahawa terdapat beberapa tafsiran bagi mimpinya itu.
Antara tafsirannya ialah:
- akan lahir seorang insan dalam masa setahun.
- insan itu akan dilahirkan di Faddam A'ram.
- insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala.
- insan itu akan membuktikan kepalsuan Raja Namrud.
- insan itu akan menyebarkan agama bahawa tuhan yang esa wujud dan darinya akan lahir zuriat-zuriat para nabi dan aulia.
- Nabi terakhir dari zuriat ini akan membawa agama yang ibarat bintang di zenith iaitu menyinari seluruh alam semesta.
- akibat insan ini Raja Namrud akan mati secara dasyhat
Menurut cerita
yang lain, Namrud bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan
masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu
menghancurkannya.
Sebaik
mendengar berita ini beliaupun menjadi gelisah. Beliau sedar bahawa
insan ini akan membawa kepada kejatuhannya. Dengan serta merta Raja
Namrud menghantar bala tenteranya ke Faddam A'ram. Penduduk lelakinya
telah dipisahkan dari isteri-isteri mereka. Wanita-wanita yang mengandung telah dibunuh. Raja Namrudpun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang melahirkan anak akan
dibunuh bersama anaknya sekali. Selepas satu tahun beliau mendapat
petanda bahawa insan itu akan dilahirkan. Beliau mengesyaki Azaar iaitu
orang yang paling dipercayainya kerana Azaar pernah dibenarkan untuk
memasuki bandar tersebut. Walaupun begitu Azaar menafikannya dan
isterinya pula tidak menunjukkan tanda-tanda hamil.
Namun, beliau tidak mempercayainya dan menugaskan seorang tentera untuk
menjaga isteri Azaar. Setahun telah berlalu dan tentera Namrud telah
dikeluarkan dari bandar Faddam A'ram.
§Nabi Ibrahim a.s. menentang kebatilan yang disebarkan Raja Namrud
Raja Namrud
menjadi lega kerana menyangkakan bahawa beliau telah menggagalkan
kelahiran insan yang akan menentangnya itu. Walaupun begitu insan itu
telah dilahirkan disebuah gua berhampiran Faddam A'ram. Semasa insan itu iaitu Nabi Ibrahim a.s. mencapai dewasa beliau telah menghancurkan beberapa batu berhala.
Ini telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata yang menangkap serta
membawanya kepada muka pengadilan iaitu dihadapan Raja Namrud.
Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merusakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan selamba, Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah
masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan
atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan
kebatilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian,
semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika
demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak
dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak
dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong
dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan
kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir
dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan.
Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan
alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi
dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."
Setelah selesai
Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya itu, barulah Raja Namrud sedar
bahawa jejaka dihadapannya ialah insan dalam mimpinya itu. Budak ini
bijak berpidato dan mempunyai logik yang lebih tinggi daripada beliau
dan mampu mengugat kepercayaan rakyatnya terhadap penyembahan berhala.
Selain itu, budak ini sangat yakin dengan wujudnya tuhan yang esa dan
tidak percaya dengan berhala. Bahkan budak ini langsung tidak gentar
dengan Raja Namrud dan berani membantahnya. Raja Namrudpun tahu bahawa
beliau mesti membunuh Nabi Ibrahim dengan serta merta. Lalu beliaupun
membuat keputusan untuk membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup sebagai
hukuman atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka.
Maka berserulah Raja Namrud kepada rakyat yang hadir menyaksikan
pengadilan itu:"Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."
Nabi Ibrahimpun
dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala. Tetapi dengan
ajaibnya beliau terselamat. Hanya tali temali dan rantai yang mengikat
tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang
terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api.
Orangramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan
kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri
iaitu Puteri Razia mengaku di hadapan orangramai bahawa tuhan nabi
Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah menaikkan kemarahan
beliau yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya itu. Puteri
itupun meluru kearah api yang besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi
Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri Raziapun turut terselamat dari
terbakar dan dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah
syahadah. Tindakan derhaka puterinya menjadikan hati Raja Namrud semakin
membara. Sebaik sahaja puteri Razia keluar dari api tersebut beliau
serta tenteranya telah mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi peluang
kepada Nabi Ibrahim serta adik tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak
saudaranya Nabi Luth a.s. untuk
melarikan diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari Puteri Razia
tetapi puteri itu telah hilang. Selepas sekian lama, merekapun pulang
dan mendapati bahawa Nabi Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini,
Raja Namrud kian gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan
kekuasaannya. Oleh itu, beliau berazam pula untuk membunuh Tuhan nabi
Ibrahim.
§Raja Namrud cuba membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s iaitu Allah s.w.t.
Seperti
kepercayaan orang dahulukala, beliau menganggap bahawa Tuhan bersemayam
di atas kayangan. Oleh itu Raja Namrud telah berusaha untuk membina
sebuahkenderaan yang
mampu terbang keatas langit. Empat ekor burung yang besar digunakan
untuk mengangkat kenderaan itu kelangit. Empat tiang yang panjang yang
dicucuk dengan makanan telah
dinaikkan agar burung-burung itu terbang ke atas. Beliau yakin apabila
sampainya dilangit, beliau akan menghampiri Allah dan boleh memanahnya
sehingga mati.
Sebaik sahaja kenderaan naik keudara, Raja Namrudpun bersedia dengan anak panahnya. Beliau terkenal sebagai pemanah yang
handal dan hadiahnya yang paling besar ialah Allah Walaupun begitu,
beliau menjadi hairan kerana semakin tinggi kenderaan itu naik semakin
jauh langit itu
berada. Lama-kelamaan, udarapun menjadi semakin tipis dan beliau
semakin susah untuk bernafas. Dengan sepenuh hati beliau mengacukan
panahnya kelangit dan memanah keudara. Selang beberapa minit panahnya
jatuh kekenderaannya berlumuran dengan darah.
Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh
Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Lalu beliaupun menolak tiang-tiang itu kebawah
supaya burung-burung itu terbang balik kebumi. Apabila sampai kebawah,
beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan
mengaku bahawa beliau telah memburu serta membunuh Allah.
Raja Namrudpun
menjemput Nabi Ibrahim a.s keistananya untuk menunjukkan kekuasaan
beliau. Apabila ditunjuk akan panahnya itu, nabi Ibrahim bertanya
apabila Raja Namrud memanah tuhan adakah langit semakin jauh atau
semakin dekat. Beliau terpaksa mengaku bahawa langit semakin jauh. Oleh
itu nabi Ibrahim mendakwa bahawa darah itu adalah sebenarnya darah ikan
yang dilumur oleh malaikat dilangit dan Raja Namrud tidak berupaya untuk
membunuh Allah.
Barulah beliau
sedar bahawa beliau telah dikaburkan matanya oleh Allah.Beliau tetap
mahu menunjukkan kekuasannya. Lalu beliau memanggil tenteranya untuk
membawa dua orang tawanan. Satunya telah dikenakan hukuman bunuh manakala
seorang lagi telah dibebaskan. Dengan angkuh beliau berkata berkata
kepada nabi Ibrahim, "Lihatlah saya dapat memberi kehidupan kepada
seorang dan mengambil nyawa orang yang lain!". Nabi Ibrahim pula
menjawab, "Tuhan yang saya sembah berkuasa untuk menerbitkanmatahari dari
timur. Bolehkah Raja Namrud menerbitkan matahari disebelah barat pula?"
Beliaupun terpaksa mengaku kalah dengan logik nabi Ibrahim a.s. Dengan
nada yang tinggi beliau mencabar Allah untuk menentangnya disebuah
tempat tertentu. Beliau akan mengumpul seluruh bala tenteranya untuk
berperang dengan Allah.
§Kematian Raja Namrud
Raja Namrudpun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau
serangga yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak
mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit
mereka telah menembusi kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka
dengan dahsyat sekali. Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi
seekor nyamuk itu telah masuk keotaknya. Dipercayai selama empat puluh
hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh
nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta
memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang
besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang. Setelah beberapa
minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk
memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian
Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar
dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang
mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.
0 komentar:
Posting Komentar