Senin, 01 Desember 2014

APA ITU MASJID?

APA ITU MASJID?


Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Terbitan Tahun 2001 muka surat 864, masjid adalah bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. Manakala apa yang kerap diperkatakan masjid adalah rumah ALLAH, tempat beribadat dan sudah tentu tempat kegiatan masyarakat. Masjid adalah nadi masyarakat dan selalu berada dekat dengan masyarakat. Masjid menjadi tumpuan setiap masa bukan sahaja untuk beribadat sahaja tetapi tempat berkumpul untuk tujuan kemasyarakatan. Itulah masjid yang difahami oleh ramai orang. Sudah tentu kalau dirujuk dari berbagai buku dan kitab serta pandangan dari bijak pandai, masjid akan diberi berbagai definasi yang lengkap dan terbaik. Pada kalangan orang Islam masjid sentiasa berada dihati mereka tanpa mengupas apa-apa definasi pun. Sejak kecil setiap  orang Islam tahu apa itu masjid dan apakah fungsi masjid?. Anak-anak kecil sudah dilatih bersembahyang di masjid dari awal umur dan telah diajar menghormati masjid. Masjid adalah satu tempat yang suci dan perlu dihormati. Ini kerana masjid adalah rumah ALLAH.
Setiap orang juga sudah pasti tahu apa yang terdapat dalam masjid dan apa yang perlu dilakukan setiap kali mereka hadir ke masjid. Setiap yang menjejaki masjid perlu menunaikan sembahyang 2 rakaat untuk menghormati masjid Setiap orang juga tahu apa yang mereka perlukan semasa berada di masjid. Sudah tentu setiap orang yang datang ke masjid inginkan masjid yang bersih dan cantik dipandang. Ini kerana setiap yang hadir ke masjid perlu berpakaian kemas dan kepada orang perempuan perlu menutup aurat. Persekitaran masjid perlu dijaga dengan baik dan bersih supaya sedap mata memandang. Sememangnya masjid di negeri Melaka kelihatan cantik dengan rekabentuk yang menarik terutama masjid yang besar serta menjadi tumpuan ramai. Masjid di negeri Melaka mempunyai rekabentuk yang agak unik dengan senireka negeri China. Ini kebanggaan orang Melaka
Cantiknya masjid mesti dituruti dengan kebersihan dan penyenggaraan yang baik. Buat masa sekarang tidak ada pihak yang bertanggungjawap terus kepada kerja penyenggaraan masjid dan kerja pembersihannya. Kerja penyenggaraan dan kebersihan terletak kepada jawatankuasa masjid yang telah ditubuhkan dengan rasminya oleh pihak kerajaan. Nama jawatakuasa ini akan tersenarai didalam masjid. Ada masjid yang ditunjukan gambar jawatankuasa masjid sekali. Sudah tentu kebersihan masjid adalah perkara utama yang akan menjadi tumpuan jawatankuasa dan juga untuk mengganti peralatan yang rosak atau hilang. Kerapkali penyenggaraan ini dijalankan dengan sedikit peruntukan dari pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan juga tabong masjid yang pendapatanya kerap ditulis dipapan kenyataan diluar masjid. Wang tabong ini adalah untuk kegunaan penyenggaraan masjid yang perlu digunakan untuk pembersihan, mengganti peralatan yang rosak ataupun membayar gaji pekerja yang ditugaskan menjaga kebersihan masjid. Adalah sesuatu yang malang, banyak masjid mempunyai kutipan yang banyak setiap minggu apabila sembanhyang jumaat. Masjid kerap mempunyai wang yang banyak tetapi tidak menggunakan wang yang telah didermakan. Banyak jawatakuasa masjid bangga dengan duit banyak dalam simpanan dan amat kedekut untuk berbelanja. Mereka sanggup melihat peralatan rosak yang tidak berganti dan juga sanggup melihat semak samun disekitar masjid kerana tidak mahu berbelanja wang masjid. Mereka akan cuba minta derma sana dan sini juga berjumpa orang berpengaruh sana dan sini untuk meminta wang untuk memperbaiki itu dan ini tetapi wang yang ada tidak mahu dibelanjakan. Mereka berbangga dengan duit banyak. Ada jawatakuasa masjid yang bergadoh dan berkecil hati kerana menggunakan wang masjid untuk tujuan penyenggaraan masjid. Tidak kurang juga yang menggugut untuk meletakan jawatan hanya kerana kecil hati wang masjid digunakan. Mereka ingin melihat masjid menpunyai duit banyak tetapi tidak mahu membelanjakanya.
Kerap yang menjadi tumpuan adalah tandas masjid. Kerap diperkatakan dalam mana-mana forum, tandas masjid perlu dibersihkan setiap hari. Kalau masjid mempunyai wang, apa salahnya menggajikan pekerja tetap untuk membersihkan tandas masjid. Kalau hendak mengharapkan kesukarelaan sahaja sepanjang masa untuk membersihkam masjid tidak akan menjadi. Sudah menjadi perkara biasa, tandas masjid mesti kotor. Kalau yang bersih pun adalah tandas masjid besar yang mempunyai kakitangan termasuk pekerja mencuci tandas. Adalah amat memalukan, tandas masjid menjijikan, pintu sudah terkopak tetapi tidak diganti, paip tidak berair, mangkuk tandas yang pecah, tandas sangat berbau dan bermacam-macam lagi. Kalau ada yang mencuci tandas tetapi tidak dicuci dengan baik. Pembersihan tandas perlu menggunakan bahan kimia tertentu. Jika hanya dicuci dengan air sahaja sememangnya nampak bersih tetapi berbau busuk. Bau tandas perlu dielakan, kita tidak mahu imej tandas busuk ini menjadi imej masjid di negara kita.
Penyediaan tisu tandas sudah tentu jauh sekali. Hampir semua masjid di negeri Melaka tidak menyediakan tisu tandas. Mungkin kepada jawatankuasa masjid penyedian tisu tandas sangat mahal tetapi penggunaan ini perlu difikirkan. Selalu diperkatakan tandas masjid kotor disebabkan pengguna yang banyak. Sememangnya ini diakui, tandas R&R di lebuhraya PLUS juga mempunyai mendapat kunjungan banyak orang  tetapi tandas dan bilik air di hentian rehat PLUS sentiasa bersih. Ini disebabkan kerja pembersihan berkala dan kerja penyenggaraan yang baik. Tandas masjid kerap menggunakan peralatan yang murah, sudah menjadi sikap kebiasaan, apa sahaja yang disediakan di tandas tidak perlu yang mahal-mahal. Ini kerana tandas tempat kotor. Penggunaan peralatan murah untuk tandas masjid adalah sebab utama peralatan cepat rosak. Jika tandas mendapat kunjungan yang tinggi, peralatan perlulah 'heavy duty', supaya tahan lama. Sememangnya diketahui 'alah membeli menang memakai'' Peralatan yang mahal akan tahan lama. Jawatankuasa masjid perlu berkeinginan untuk menjadikan tandas masjid mereka sangat bersih. Gunakan tenaga sepenuh masa mencuci tandas, gunakan pelatan yang tahan lama, cucian perlu menggunakan peralatan dan bahan kimia, buat pencucian berkala, sediakan tisu tandas, kerap membuat pemerikasaan dan membuang tanggapan tandas perlu kotor. Wang derma orang ramai perlu digunakan untuk membersikan tandas atau membuat penyenggaraan.
Selalu yang menimbul rungutan juga adalah dalaman masjid yang tidak bersih. Banyak didapati ruang sembahyang tidak bersih, bersawang, karpet berbau, tahi cicak merata dan lantai yang tidak bercuci dan kelihatan berlumut. Dinding dan cermin masjid tidak dibersihkan dan juga banyak kedapatan peralatan masjid yang rosak tidak berganti. Banyak jawatankuasa masjid satu ketika dahulu berbangga jika masjid mereka disediakan alat berhawa dingin. Memang tidak dinafikan sekarang ini banyak masjid di negeri Melaka telah berhawa dingin. Malangnya, kesejukan hawa dingin hanya dirasai sekejap sahaja. Peralatan hawa dingin tidak diselenggara dengan baik. Akibatnya dalam masjid tidak sejuk. Ada juga alat hawa dingin yang telah rosak kerana menggunakan alat yang murah. Banyak juga masjid yang masih menggunakan kipas, malangnya banyak kipas rosak yang tidak berganti. Banyak juga didapati bilah kipas yang tidak dibersihkan dan mempunyai debu kotor yang tebal. Banyak suis kipas yang tidak berfungsi dan kipas tidak boleh disetkan mengikut kelajuan yang dikehendaki. Banyak juga masjid yang lampu telah rosak atau mati tidak diganti. Sikap yang berlepas tangan dan ambil endah tidak endah jawatakuasa masjid telah menyebabkan ini terjadi. Bertambah malang lagi jika masjid yang mempunyai banyak wang tetapi tidak mahu menggantikan peralatan ini, mereka menunggu orang lain membuka mulut untuk mendermakan sedikit wang kerana mereka tidak mahu menggunakan wang masjid.
Masih lagi ada kelihatan persekiran masjid yang semak samun. Semak-semak, pokok pokok liar dan tumbuhan menjalar tidak dibersihkan. Ada juga masjid yang pokok bunga persekitaran yang tidak dijaga dengan baik. Pokok bunga hanya dilihat pada masa meletakkan pokok bunga sahaja. Selepas itu dibiarkan begitu sahaja. Pasu bunga dan pangkal pokok dijadikan tempat membuang sampah. Ini kerana bakul sampah tidak disediakan. Ada masjid yang ada bakul sampah buruk dari tin yang terpakai disediakan dan sampah tidak dikutip. Ini mungkin tidak ada orang yang mengutipnya. Tong sampah pula kadang-kadang berbau busuk kerana sisa makanan yang dibuang. Agaknya mahal untuk membeli tong sampah yang cantik dan kelihatan menarik. Mungkin juga jawatankuasa masjid takut tong sampah akan dicuri, itu sebab tong sampah buruk dari tin terpakai digunakan.
Pokok bunga perlu diselenggara dengan baik, kalau perlu perlu diletaklan baja dipangkal pokok. Pokok tumbuhan liar perlu dicantas. Kalau masjid mempunyai halaman berumput perlu dimesin mengikut jadual. Amat memalukan padang halaman masjid dilihat tidak berbela dari jauh lagi dan kalau dekat berkemuncup. Pokok bunga yang ditanam disekitar masjid perlulah pokok bunga yang sesuai. Bunga dan warna bunga serta bau juga perlu diberi pertimbangan.
Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan setiap masa oleh jemaah tetapi tidak diendahkan peralatanya dan kebersihanya adalah tempat menganggkat air sembahyang. Kolah tempat air sembahyang sangat kotor dan berlumut. Banyak masjid sudah tidak menggunakan kolah lagi mereka menggunakan paip. Paip juga banyak yang tersumbat dan air tidak keluar. Ada masjid yang paip menggangkat air sembahyang 50% telah tidak boleh digunakan. Ada kepala paip yang telah patah tetapi tidak diganti. Kalaulah kerosakan baru terjadi tidak ada masaalah malangnya ada yang berbulan dan bertahun tetapi tidak juga dibaiki.
Sikap jemaah dan juga jawatankuasa masjid perlu berubah. Kepada jemaah, perlu dibuang jauh-jauh sikap yang tidak baik apabila menggunakan peralatan masjid. Kalau gunakan tandas gunakan dengan baik. Apabila meninggalkan tandas pastikan semua telah dibersihkan. Jangan ingat orang lain tidak nampak. Sudah tentu ALLAH nampak, nama pun rumah ALLAH. Jangan ingat masjid adalah kepunyaan orang ramai dan boleh dibuat apa yang disukai. Setiap Jemaah perlu ada rasa tanggung jawap kepada masjid. Semua peralatan perlu dijaga dengan baik. Gunakan apa yang disediakan dengan baik dan tinggalkan dengan baik juga.
Kepada jawatankuasa masjid jangan serik berkhidmat untuk jemaah. Mereka datang dari berbagai latar belakang dan juga peragai serta watak. Susah untuk mengubah sikap mereka. Untuk itu wang yang didermakan kepada masjid perlu digunakan untuk penyenggaraan masjid. Kalau pendapatan masjid berkemampuan untuk mengajikan pekerja sepenuh masa atau sambilan, ini adalah sangat baik..Berikan sedikit pendapatan kepada jemaah yang rajin datang ke masjid setiap waktu sembahyang. Biarkan mereka lakukan sedikit pekerjaan. Kalau hendak harapkan kerja sukarela sahaja, kebersihan masjid tidak akan kemana. Amalkan sikap wang derma di masjid perlu digunakan untuk menjaga kebersihan masjid. Belikan peralatan yang tahan lama untuk masjid supaya masjid dilhat menarik oleh semua orang. Masjid adalah imej kita, imej negara kita dan imej ugama kita. Mari kita sama-sama menjaga imej ini. Terjaganya masjid baru kita tahu apakah itu masjid?.

0 komentar:

Posting Komentar